Wednesday, January 13, 2010

Pengajian Perniagaan (PP)

Subjek PP terbahagi kepada dua kertas iaitu PP K1 dan PP K2. Kedua-dua kertas ini mempunyai format yang sama iaitu 8 soalan. Jumlah markah bagi setiap kertas ialah 100 markah. Pelajar perlu menjawab 4 soalan sahaja, setiap satu soalan adalah berjumlah 25 markah. Setiap kertas terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A (WAJIB DIJAWAB):

Soalan 1 : Soalan struktur (esei pendek : 1a-1j)
Soalan 2 : Esei panjang.

BAHAGIAN B (6 soalan, JAWAB 2 sahaja.)

Soalan 3-8 : Esei panjang.

Pelajar wajib menjawab kedua-dua bahagian pada ketas tersebut.

Bagi soalan 1, setiap sub-soalan terdiri daripada 2-3 markah sahaja. Jadi pelajar tidak perlu memberi jawapan yang terlampau panjang. Soalan 2-8 adalah soalan esei panjang yang diberi 25 markah setiap soalan.

Tajuk-tajuk yang dipelajari dalam PP K1 ialah :

1. PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

2. FUNGSI PENGURUSAN

3 (a). FUNGSI PERNIAGAAN (PEMASARAN)**

3 (b). FUNGSI PERNIAGAAN (PENGELUARAN)**

3 (c). FUNGSI PERNIAGAAN (KEWANGAN)**

3 (d). FUNGSI PERNIAGAAN (SUMBER MANUSIA)**

4. KEMAHIRAN PENGURUSAN

**Bab 3 adalah tajuk yang wajib disoal dalam soalan 2 PP K1.


Tajuk-tajuk yang dipelajari dalam PP K2 ialah :

1. PERATURAN DAN KEPERLUAN PERNIAGAAN

2. KEUSAHAWANAN**

3. KOPERASI DAN OPERASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG

4. PERNIAGAAN ANTARABANGSA

5. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

6. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

** Bab 2 adalah tajuk yang wajib disoal dalam PP K2.

Keseluruhannya, PP K2 adalah jauh lebih senang berbanding PP K1. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu menguasai bab 3 bagi PP K1 untuk menjawab soalan wajib. Berbeza dengan PP K2, soalan wajib PP K1 nyata lebih mencabar berbanding soalan wajib PP K2. Soalan bab Keusahawan adalah senang dan kebanyakan pelajar boleh menjawab soalan tersebut dengan baik.

Tuesday, January 12, 2010

BM kertas 2

Kertas ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

Bahagian A : KARANGAN (4soalan, JAWAB 1 sahaja)

Bahagian B : RUMUSAN

Bahagian C : ALIH BENTUK TEKS

Bahagian D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Kesemua bahagian dalam kertas ini menilai cara pelajar mengarang, merumus, dan teknik menulis dalam BM...



BM Kertas 1

Secara umumnya, BM K1 merupakan kertas objektif, yakni pelajar diberi pilihan jawapan A, B, C,& D untuk dijawab. Walaupun begitu, kesemua jawapan yang diberi adalah hampir sama dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat.

Pelajar perlulah mempelajari tajuk-tajuk yang akan diuji dalam peperiksaan iaitu :

1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BM

2. UNSUR-UNSUR ASING DALAM BM

3. PERKEMBANGAN, PERANCANGAN, DAN PEMBINAAN BM MODEN

4. VARIASI BAHASA

5. LARAS BAHASA

6. RETORIK

7. KESANTUNAN BAHASA

8. FONETIK DAN FONOLOGI

9. MORFOLOGI

10. PEMBENTUKAN KATA (IMBUHAN)

11. PEMBENTUKAN KATA
(PEMAJMUKAN, PENGGANDAAN, PENCANTUMAN, PENYINGKATAN)

12. BINAAN AYAT (FRASA DAN KLAUSA)

13. JENIS AYAT DAN PROSES PENERBITAN AYAT

14. SEMANTIK

15. PEMAHAMAN

Saturday, January 9, 2010

PENGIRAAN MARKAH BAGI SUBJEK

PENGAJIAN AM & BAHASA MALAYSIA

JUMLAH = Kertas 1 ( jum K1 /60 ×37.5 ) + Kertas 2 ( jum K2 /100 ×62.5)

EKONOMI, PP, PERAKAUNAN & SEJARAH

JUMLAH = (Kertas 1 + Kertas 2)/ 2.

Pengajian Am 2

PENGAJIAN AM KERTAS 2

Kertas ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A : Esei laras sastera (2 soalan, JAWAB 1 SAHAJA)

BAHAGIAN B : Esei laras sains (2 soalan, JAWAB 1 SAHAJA)

BAHAGIAN C ; Kefahaman (2 soalan laras sastera dan 2 soalan laras sains,
JAWAB 1 soalan drpd setiap laras sahaja)

BAHAGIAN D : GRAF

BAHAGIAN E : Alihkan teks non-linear kepada teks linear (Rumusan jadual)