Saturday, December 26, 2009

Pengajian Am kertas 1

Pengajian Am (PA) merupakan subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar Tingkatan 6. PA sangat penting dalam menentukan kemasukan pelajar Tingkatan 6 ke dalam IPTA. Pelajar mestilah lulus PA dengan gred sekurang-kurangnya C untuk memohon ke dalam IPTA. Sebarang gred yang lebih rendah daripada gred C tidak akan dilayan oleh pihak IPTA. Jadi pelajar mesti mengutamakan subjek ini.

PA dibahagikan kepada 2 kertas. Kertas 1 merupakan soalan aneka pilihan, yakni pelajar diberikan pilihan A, B, C, & D. Kertas ini merangkumi 60 soalan aneka pilihan. Tajuk-tajuk yang menjadi persoalan dalam peperiksaan ialah :

  1. Kenegaraan Malaysia (25 soalan)
    - Eksekutif (15 soalan)
    - Legislatif (5 soalan)
    - Judisiari (5 soalan)
  2. Dasar-dasar Malaysia dan Isu Semasa (20 soalan)
  3. Penyelesaian Masalah Kuantitatif & Kualitatif (15 soalan)

Bab- bab Yang Dipelajari dalam PA ialah :


Bab 1 – Kenegaraan dan Sistem Pemerintahan.
Bab 2 – Perlembagaan Persekutuan dan Perlembaagan Negeri.
Bab 3 – Sistem Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Bab 4 – Perlembagaan dan Sistem Pentadbiran Negeri.
Bab 5 – Sistem Perundangan Malaysia.
Bab 6 – Sistem Kehakiman.

Bab 7 – Isu-isu Negara.
Bab 8 – Dasar Dalam Negara.
Bab 9 – Dasar Luar Negara.

Bab 10 – Penyelesaian Masalah.

Friday, December 25, 2009

Subjek yang Ditawarkan


Berikut merupakan subjek yang ditawarkan dalam STPM.
  • PENGAJIAN AM (MATA PELAJARAN WAJIB)
  • BAHASA MALAYSIA
  • EKONOMI
  • PENGAJIAN PERNIAGAAN
  • PERAKAUNAN
  • GEOGRAFI
  • SEJARAH
  • SENI VISUAL
  • PHYSICS
  • CHEMISTRY
  • BIOLOGY
  • MATHEMATICS S *
  • MATHEMATICS T *
  • FURTHER MATHEMATICS T
  • COMPUTING
  • KESUSASTERAAN MELAYU
  • LITERATURE IN ENGLISH
  • BAHASA ARAB
  • SYARIAH
  • USULUDDIN
  • BAHASA CINA
  • BAHASA TAMIL

* Subjek Mathematics S dan Mathematics T tidak boleh diambil secara bersama-sama.

Penggredan dan CGPA dalam STPM


Setiap pelajar Tingkatan 6 dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 4 subjek. Mata pelajaran yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Bagi 3 subjek lagi, pelajar diberi pilihan untuk memilih subjek apa yang wajar diambil berdasarkan pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing.

Pelajar yang telah menduduki STPM akan mendapat pointer atau CGPA semasa mengambil keputusan. Berikut merupakan gred dan CGPA bagi STPM. CGPA diperoleh dengan menjumlahkan semua pointer subjek dan kemudian dibahagikan dengan jumlah subjek iaitu 4.


Senarai gred dan pointer adalah seperti berikut :

  • A = 4.0
  • A- = 3.67
  • B+ = 3.33
  • B = 3.0
  • B- = 2.67
  • C+ = 2.33
  • C = 2.0
  • C- = 1.67
  • D+ = 1.33
  • D = 1.0
  • D- = 0.67
  • E = 0.33
  • G = 0

*Gred C ke bawah dikira "lulus sebahagian" dan Gred G menyatakan bahawa ia gagal dalam kertas berkenaan.

Contoh pengiraan CGPA :

"J" mendapat keputusan seperti berikut :

Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : B- (2.67)
Ekonomi : C (2.0)
Sejarah : B (3.0)

CGPA = 2.92 .....{4.0+2.67+2.0+3.0} dibahagikan dengan 4.


Walau bagaimanapun, pelajar Tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 5 subjek. Ingat, maksimum ialah 5 subjek sahaja. Pelajar yang mengambil 5 subjek dikatakan "mendapatkan perlindungan insurans" kerana gred atau CGPA yang diambil kira hanyalah 4 subjek yang terbaik.

Sebagai contoh, 'Z' mendapat keputusan seperti berikut :

Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : A (4.0)
Ekonomi : A (4.0)
Sejarah : A (4.0)
Perakaunan : B (3.0)

GRED : 4 A (hanya 4 gred terbaik diambil.)
CGPA : 4.0 (hanya 4 pointer terbaik dikira.)


Di sebalik pengambilan 5 subjek terdapat juga kontranya. Hal ini adalah demikian kerana, pelajar terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk belajar satu lagi subjek tambahan.
Terpulanglah pada minat pelajar sendiri dan usahanya sendiri. ! Sesungguhnya, usaha tangga kejayaan!


Thursday, December 24, 2009

Pengenalan STPM

Secara umumnya, Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang tidak ditawarkan kemasukan ke dalam kolej matrikulasi.

Tingkatan 6 juga dikenali sebagai Pra-Universiti dan pelajar-pelajar tahap ini hampir menjejak separuh kaki ke menara gading.

Tempoh pembelajaran Tingkatan 6 ialah selama setahun setengah iaitu, bermula pada bulan Mei sehingga akhir tahun berikutnya.

Skop pembelajaran Tingkatan 6 adalah sangat luas. Pelajar bukan sahaja belajar malah, melibatkan diri dalam ko-kurikulum, kolukium, dan membuat penyelidikan (research).

exam...

Blog nie bukan laaa apa sangat...but, cuma dapat membantu rakan-rakan pelajar untuk menjawab dalam peperiksaan dengan cemerlang...

Jangan laaa terlalu tension dan anda mestilah tenang dan sentiasa berdoa ketika me"nakel" soalan peperiksaan..
Semoga informasi yang disampaikan di sini dapat membantu anda.. Semoga berjaya.