Friday, December 25, 2009

Penggredan dan CGPA dalam STPM


Setiap pelajar Tingkatan 6 dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 4 subjek. Mata pelajaran yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Bagi 3 subjek lagi, pelajar diberi pilihan untuk memilih subjek apa yang wajar diambil berdasarkan pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing.

Pelajar yang telah menduduki STPM akan mendapat pointer atau CGPA semasa mengambil keputusan. Berikut merupakan gred dan CGPA bagi STPM. CGPA diperoleh dengan menjumlahkan semua pointer subjek dan kemudian dibahagikan dengan jumlah subjek iaitu 4.


Senarai gred dan pointer adalah seperti berikut :

  • A = 4.0
  • A- = 3.67
  • B+ = 3.33
  • B = 3.0
  • B- = 2.67
  • C+ = 2.33
  • C = 2.0
  • C- = 1.67
  • D+ = 1.33
  • D = 1.0
  • D- = 0.67
  • E = 0.33
  • G = 0

*Gred C ke bawah dikira "lulus sebahagian" dan Gred G menyatakan bahawa ia gagal dalam kertas berkenaan.

Contoh pengiraan CGPA :

"J" mendapat keputusan seperti berikut :

Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : B- (2.67)
Ekonomi : C (2.0)
Sejarah : B (3.0)

CGPA = 2.92 .....{4.0+2.67+2.0+3.0} dibahagikan dengan 4.


Walau bagaimanapun, pelajar Tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 5 subjek. Ingat, maksimum ialah 5 subjek sahaja. Pelajar yang mengambil 5 subjek dikatakan "mendapatkan perlindungan insurans" kerana gred atau CGPA yang diambil kira hanyalah 4 subjek yang terbaik.

Sebagai contoh, 'Z' mendapat keputusan seperti berikut :

Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : A (4.0)
Ekonomi : A (4.0)
Sejarah : A (4.0)
Perakaunan : B (3.0)

GRED : 4 A (hanya 4 gred terbaik diambil.)
CGPA : 4.0 (hanya 4 pointer terbaik dikira.)


Di sebalik pengambilan 5 subjek terdapat juga kontranya. Hal ini adalah demikian kerana, pelajar terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk belajar satu lagi subjek tambahan.
Terpulanglah pada minat pelajar sendiri dan usahanya sendiri. ! Sesungguhnya, usaha tangga kejayaan!


13 comments:

  1. tolong tukar warna..please..sakit mata memandang..terutama yang warna hijau yang terang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. highlight semua word kalau tidak mahu sakit mata memandang -_-

      Delete
  2. sakit mata tengok kaler hijauuu ...

    ReplyDelete
  3. fakta baik. Mengapa warna fon? Ada ceritakah?

    ReplyDelete
  4. sakit mata tgk fon..please tkr ye..

    ReplyDelete
  5. tkar wrna hjau 2 nk bca pon mngganngu pnglihatan...silau

    ReplyDelete
  6. informasi yg berguna. sy pun tak tahu sbb tak ambil stpm. tq for sharing

    ReplyDelete
  7. hope gt all c n above......

    ReplyDelete
  8. stpm skrang dh semakin susah..ramai budak2 yang fed up

    ReplyDelete
  9. Sememangnya sistem stpm baharu yang diperkenalkan pada tahun lepas memudahkan lagi para pelajar. namun,yang menyukarkanya kini adalah sistem pemeriksa kertas yang terlalu straight sangat

    ReplyDelete
  10. Stiap subjek ada wajaran yg berbeza bg stiap sem..mcm mna nk hitung subjek ngan wajarannya..

    ReplyDelete