Wednesday, January 13, 2010

Pengajian Perniagaan (PP)

Subjek PP terbahagi kepada dua kertas iaitu PP K1 dan PP K2. Kedua-dua kertas ini mempunyai format yang sama iaitu 8 soalan. Jumlah markah bagi setiap kertas ialah 100 markah. Pelajar perlu menjawab 4 soalan sahaja, setiap satu soalan adalah berjumlah 25 markah. Setiap kertas terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A (WAJIB DIJAWAB):

Soalan 1 : Soalan struktur (esei pendek : 1a-1j)
Soalan 2 : Esei panjang.

BAHAGIAN B (6 soalan, JAWAB 2 sahaja.)

Soalan 3-8 : Esei panjang.

Pelajar wajib menjawab kedua-dua bahagian pada ketas tersebut.

Bagi soalan 1, setiap sub-soalan terdiri daripada 2-3 markah sahaja. Jadi pelajar tidak perlu memberi jawapan yang terlampau panjang. Soalan 2-8 adalah soalan esei panjang yang diberi 25 markah setiap soalan.

Tajuk-tajuk yang dipelajari dalam PP K1 ialah :

1. PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

2. FUNGSI PENGURUSAN

3 (a). FUNGSI PERNIAGAAN (PEMASARAN)**

3 (b). FUNGSI PERNIAGAAN (PENGELUARAN)**

3 (c). FUNGSI PERNIAGAAN (KEWANGAN)**

3 (d). FUNGSI PERNIAGAAN (SUMBER MANUSIA)**

4. KEMAHIRAN PENGURUSAN

**Bab 3 adalah tajuk yang wajib disoal dalam soalan 2 PP K1.


Tajuk-tajuk yang dipelajari dalam PP K2 ialah :

1. PERATURAN DAN KEPERLUAN PERNIAGAAN

2. KEUSAHAWANAN**

3. KOPERASI DAN OPERASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG

4. PERNIAGAAN ANTARABANGSA

5. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

6. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

** Bab 2 adalah tajuk yang wajib disoal dalam PP K2.

Keseluruhannya, PP K2 adalah jauh lebih senang berbanding PP K1. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu menguasai bab 3 bagi PP K1 untuk menjawab soalan wajib. Berbeza dengan PP K2, soalan wajib PP K1 nyata lebih mencabar berbanding soalan wajib PP K2. Soalan bab Keusahawan adalah senang dan kebanyakan pelajar boleh menjawab soalan tersebut dengan baik.

No comments:

Post a Comment